Kisah Rasulullah SAW Menangis Sepanjang Malam

By in Artikel Muslim, Kisah Muslim on May 29, 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sepanjang malam itu Rasulullah SAW hanya membaca ayat ini saja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi SAW membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

 

Firman Allah SWT :

إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS: Al-Maidah Ayat: 118)

 

 

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-’As, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, “Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku…”

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan Malaikat Jibrail.

Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekali gus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Orang tua sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini saja.
Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam dan berdoa sambil mengadu apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan Malaikat Jibrail.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun, Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri Nabi SAW tetapi Allah tetap mengutuskan Malaikat Jibrail untuk bertanyakan perkara itu. Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, Baginda mengadu kepada Allah berkenaan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami reda kepadamu dan umatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu.”

Diriwayatkan dalam satu hadis lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70,000 di kalangan umatku masuk syurga dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70,000 ini diikuti oleh 70,000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab.

Diberi syafaat oleh 70,000 orang ini disamping syafaat Nabi SAW yang diberikan kepada umatnya. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Rasulullah SAW itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi SAW seperti disabdakan Baginda yang bermaksud, “peganglah dengan gigi geraham kamu”.

Ajaran Rasulullah SAW itu bukan saja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit daripada ajaran Nabi SAW. Jika seseorang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah SAW serta mendapat rahmat yang diberi Allah kepada umat Rasullulah SAW.

Source

اللَّهُمَّ صلّ على مُحَمِّد وعلى آل مُحَمَّد وسلّم

Allahumma salli `ala Muhammadin wa `ala aali Muhammadin wa sallim.

Share on FacebookEmail this to someoneShare on LinkedInShare on Google+Share on TumblrShare on StumbleUponTweet about this on Twitter

Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>